Sunday, October 25, 2009

cinta dia [1]

Matahari dah menampakkan cahayanya di ufuk timur. embun masih menitis di dedaunan. Aku bangun awal giler hari ni. nak siapkan segala keperluan yang patut aku bawa ke sekolah baru nanti. Peh,excited sungguh.Hari ni hari pendaftaran aku ke sekolah baru. Aku duduk asrama dah lepas ni. Asrama penuh lagi. Mak pulak tak habis-habis asyik tanya,ada barang tinggal tak,semua dah bawak? tak larat aku nak menjawab. Aku tahu, mak risau tengok anak dara dia ni duduk jauh dari dia. baru 13 tahun dah kena berdikari. Tapi aku pergi pun untuk masa depan aku jugak. Dun wori,ma..

Bila sampai ke SMTMi, ramai jugak yang mendaftar macam aku. Siapa yang tak kenal TM Iskandar. Sekolah idaman student. Memang beruntung ar siapa yang dapat masuk sekolah ni. Aku sendiri pun tak sangka yang aku akan dapat masuk sekolah ni. bukan calang-calang student boleh masuk ke sini. keputusan yang betul-betul gempak baru boleh masuk sini.tapi gempak ke result aku?HUHU

aku dapat tahu classmate aku masa standard 6 dulu pun dapat sekolah ni jugak. waktu aku tengah beratur kat kaunter asrama sambil mata melilau cari Zue,tetiba aku terpandang sorang mamat ni kat kaunter koperasi. Azam!!mamat pengganas tu pun dapat sekolah ni jugak ke? tak best betullah.azam ni skolmate aku dari darjah1 till darjah5. bila darjah6,dia pindah KL,ikut family dia.aku selalu bergaduh dengan dia waktu zaman sekolah rendah dulu.apa taknya,dia suka sangat buli aku.dah lah panggil aku pendek,bantut,lepas tu suka sangat ketuk kepala aku.ingat bapak aku tak bayar zakat ke hape.aku ni harap je kecik tapi mulut boleh tahan.kecik-kecik cili padi beb.

minggu pertama orientasi,penat+letih+tension=sakit hati.entah apa-apa jer program yang senior-senior ni buat untuk junior.nak tak nak kena ikut jugaklah.kalau tak,confirm kena denda.nasib baik takde aktiviti buli-buli.nasib baiklah ada Zue.kalau takde Zue,aku tak tahulah macam mana tahap kebosanan aku.minggu pertama ni jugak,aku dah jumpa member-member yang sama gila macam aku.Ieja yang chubby, Mary yang kecik,Awien yang tinggi dan Diela yang lembut.kebetulan kitorang duduk dalam dorm yang sama,Za'ba dan jugak dapat kelas yang sama, 1Sc1.

minggu pertama tu jugak aku rasa macam nak nangis dan lari balik je.first time duduk jauh dari family kot.baju kena basuh sendiri,makan kena makan makanan yang bukan mak masak,jadual pulak memang pack.tension giler!nasib baik jumpa geng yang kecoh cam diorang tu.masa minggu orientasi tu jugak,aku ada terperasan muka sorang mamat ni macam muka classmate masa darjah6 dulu,si Paiq.tapi Paiq masuk SMSJ.cuma bezanya mamat tu lagi cerah,then nampak nakal kot.masa hari penutup minggu orientasi tu,aku dengar cikgu panggil nama budak tu.Elkham Nur hafez.Sedap erk nama dia?cikgu panggil sebab budak tu pernah wakil negeri dalam sukan.but after that,aku just ignore him.takde kena mengena dengan aku kot nak ambik tahu pasal dia.

minggu kedua,kitorang dah boleh duduk dalam kelas masing-masing.maksudnya dah tak payah nak ikut peraturan giler yang dicipta senior-senior tu.kitorang berkobar-kobar nak jadi penghuni 1Sc1.haha.bila masuk ke kelas,geng aku terus menuju ke port belakang.senang buat dajal kot.aku memang akui yang geng aku ni bukannya baik+solehah sangat pon.tengah aku susun meja kat belakang kelas tu,tetiba ada suara huduh tegur aku.


"weh budak kecik,kau lagi dapat satu kelas dengan aku?takde orang lain ke aku nak jumpa?apesal kau tak masuk sekolah lain?menyibuk betul!"si Azam pengganas rupanya.

"ewah-ewah,sesedap tok nenek kau je kan.kalau aku ni menyibuk,kau tu semak kau tau tak.aku peduli hape,aku bayar yuran pon bukan guna duit bapak kau.kau tu kenapa nak balik sini.kan kau pernah kata KL tu heaven rite?so what??"aku balas geram.member-member dia kat sebelah dia tergelak.

"kau ni memang tak berubah la dari dulu.dah la kecik,bantut,tapi mulut macam bontot ayam.sebab tu kau tak tinggi-tinggi kau tau?"peh,dia ni dah lebih.dia memperkotak-katikkan ketinggian aku.

"ei,blah la dari sini!"aku dah menjerit geram.dia berlalu tapi sempat ketuk kepala aku dengan pencil box aku.Syaitannn!!!kawan-kawan aku dah gelak macam tengok lawak hape jer.bukan nak tolong member diorang kena buli.hampesss!!

tapi bila da masuk minggu ketiga, geng Azam pon dah semakin rapat dengan geng aku.Fared,Bendi dan Johan.