Thursday, February 4, 2010

cinta dia [28]

Malam Sabtu tu kitorang nak gerak ke Cameron. excited giler!! masing-masing jakun.HAHA.

"Ja,Azam panggil ko kat belakang tu."Tapai cakap.Ieja duk sebelah aku terpinga-pinga.biar benar.asal tak panggil sendiri.

"ye je ko?"Ieja cam caye tak caye je.

"yela. pegila cepat."Ieja terus bangun.dan Tapai terus duduk tempat Ieja.sebelah akula maksudnya.

"weh.."dia tegur aku yang konon-konon tengah tengok luar tingkap.

"assalamualaikum lebih baik yer Incik Tapai."aku cakap ala-ala ustazah.

"HAHA.mu cakap gitu kat aku.oke.Assalamualaikum cik Kecik."dia gelak.

"asal duk sini?"aku tanya.

"dah tu aku nak duk mana?atas lantai?"

"oke jugak tuh."selamba aku jawab.

"ko memang tak sayang aku."erkk..ayat apakah ini?

"HAHA.mereng ko da sampai ekh.."aku gelak.

"suka panggil aku mereng.kang kalau si mereng ni yang jadi laki ko,hamik ko."

"aku pon ikut mereng.."

"HAHA.so bolehla kalau aku jadi laki ko?"

"aku tak cakap aku nak pon."aku cover.tetibe gelabah.

"ele,malu tapi mau."

"sengal!"

"aku dengar ada budak bagi ko coklat lagi?"

"Hah?mana tau ni?"mulut mana yang nak kena sumbat ngan slipper jepun aku nih.

"arr..emmm..ala,da kecoh.."tetibe dia cam gagap.

"kecoh?sape yang kecoh?"aku makin pelik.

"em,ala..aku kan ramai kawan. aku tau la.erm,ko tau ke sape yang bagi ko?"

"entah. mereng da kot mamat tu.entah-entah saje je nak kenakan aku kan."

"tak baik je ko panggil dia mereng.kalau dia serius macam mana?"dia tanya aku.

"masalahnya 'KALAU'.."

"tapi dia betul-betul?"dia tanya lagi.

"mana ko tau dia betul-betul?ko kenal dia ke?"

"la, tadi ko kata 'KALAU'..ni aku da buangla perkataan 'KALAU' tuh."

"HAHA.erm,entah.yang penting aku malas nak layan.entah sesape je.kalau betul minat aku, be gentleman la.jumpa terus.ni nak main teka teki bagai.ingat aku rajen sangat ke nak carik.dia bagi aku coklat,aku makanla.macam tau-tau je aku suka makan coklat."

"so,ko taknak cari la sape mamat tu?"

"malas la.dia nak aku,dia kena jumpa aku."

"kalau ko da jumpa orang tu hari-hari macam mana?"serius suara dia.

"HAH?sape pulak la.."aku cam terkejut.

"kalau aku?"giler ke soalan dia ni?

"kalau ko??HAHA.soalan jenis apa ko ni.."aku gelak lagi.

"aku serius ni.kalau aku yang bagi camner?"

"aku tak caye."aku pandang dia.

"Dia..kalau ko dapat cari aku,ko memang superb!"dia ulang ayat dalam kad tu.dia panggil aku DIA.dia ke?TAPAI ke??

"Pai.."aku macam tergamam.dia angguk.

"memang aku yang bagi ko coklat tu.aku suka kamu kerana diri kamu."

"kenapa aku?"

"sebab ko adalah ko.ko tak penah nak jadi orang lain.semua yang ko buat aku suka.lagi-lagi bila ko gaduh ngan aku.aku suka sangat tengok ko marah."dia senyum.

"ko jahat.."

"memang aku jahat tapi tak salah kalau orang jahat ni jatuh cinta kat budak kecik kan?"

"ko panggil aku budak kecik??"

"HAHA.tengok, dah marah..kecik-kecik pon aku da sayang.."

"dala tu.aku macam mimpi ni ha.."

"ko suka aku tak?"dia tanya soalan cepumas.

"taknak jawab boleh?"

"kalau ko tak jawab,maksudnya ko pon suka aku."

"HAHA.giler nakal pilihan.."aku tergelak lagi.

"nak jawab tak?"dia tanya.aku geleng kepala.malu siot!

"HAHA.yes!!thanks Cik.."dia da tahu apa jawapan aku.

Wednesday, February 3, 2010

cinta dia[27]

"weh, tak sabar ar nak malam esok."kata Ieja waktu kitorang nak ke DM.

"a'ahla. aku pon."sampuk Mary.

"Ele,mentang-mentang ar diorang ada pakwe.mestila excited nak pegi kan.."kata Awien.

"A'ah kan.kita ni takde pakwe."aku buat ayat sedih.

"a'ah.kita ni tak cantik cam diorang."sambung Diela.

"a'ah.kita ni pon tak cun cam diorang."Zue tambah perencah.

"wei..aku tampar sorang-sorang nak?"Ieja cekak pinggang.

"betul apa.kitorang tak feymes.kan kecik kan?"tanya Awien kat aku.

"a'ah.diorang feymes.ada die-hard-fans.."aku makin suka menyakat.

"Ja, jum bunuh diorang!"Mary cakap kat Ieja.HAHA.

"kalau boleh, dari tadi aku nak buat.ele,takde yang minat konon.blah la weh.."kata Ieja.

"e'eh..betol ape.siapa nak minat kita ni.."Diela buat muka kesian.

"si Jojo tak minat ko ke Diela. Boy Tonjang tu da lame tunggu ko Awien. ko Zue,si Faiz tu dari form1 nak kat ko.ko pulak Cik,lagi la ramai.Fared, abang Iz..ha, sekarang si Tapai.."memandai si Mary.

"wehh..apa kena mengena ngan Tapai? aku cepuk kang!"semua tergelak.

"eleh,tau nak bengang. yela weh,Tapai suka ko."kata Ieja.

"korang ni suka merepek ar. tau ar lapar. meh jalan cepat sikit."aku da jalan ke depan.

"akak.."ada suara kat tepi aku waktu aku jalan tu. aku toleh. budak perempuan tu senyum.

"panggil akak ni ke?"aku tunjuk diri aku sendiri. buat muka pelik.

"a'ah. kak Amina Nadiah kan?"

"yep. mana tau name ni? ade ape?"

"nah."dia hulur 1 benda kat aku.

"apa ni?"aku buat muka reaksi takot. kot la bom ke dalam tu.

"ada orang bagi. abang senior."budak pompuan ni tak habis-habis senyum. cute pulak. budak form1 kot ni.

"kenal tak sape?"tetibe Ieja menyampuk. budak tu geleng.

"ok.takpe.thanks.adik boleh pegi."Ieja ni mandai je nak menghalau bdak tu.

"Cik,cepat bukak Cik.Excited."Awien pulak yang menyibuk.HAHA.aku bukak beg kertas kaler pink tu. ada coklat CAdbury ngan Toblerone big size ngan kad comei. nampak macam buat sendiri.

FoR DiA..
ThAnKs a Lot..
BcOz oF u, mY LiFe iS fLowEriNg~..
AkU sUkA kAmU kErAnA diRi kAmU..
StAy tHe sAmE..
aNd i'll StaY hErE foR yoU..

fRoM..
Klu dpt cari,ko mmg superb!;p

"Dia??"aku terkedu.

"DIA??sape lagi yang panggil ko Dia selain arwah Fared Cik?"yang lain pon cam terkejut giler.

"aku tak tau."tu je yang mampu aku cakap.

"tapi sweet seyh ayat dia. tapi ayat bawah tu cam nampak da yang dia ni budak nakal."kata Ieja. budak nakal??

"adakah??"Awien angkat kening.

"adakah ape?"aku pandang Awien.

"si TAPAI yang nakal."diorang cakap serentak.

"MERENG!takde maknenye.dah jum."aku mula taknak pikir.

"ele, camtu ke takde peminat Cik??"diorang bab perli-memperli memang terer habiss!!

tapi sape pulak yang rajen benor bagi aku coklat,buatkan kad yang nice giler!dan yang paling penting,sape yang panggil aku DIA??