Wednesday, February 3, 2010

cinta dia[27]

"weh, tak sabar ar nak malam esok."kata Ieja waktu kitorang nak ke DM.

"a'ahla. aku pon."sampuk Mary.

"Ele,mentang-mentang ar diorang ada pakwe.mestila excited nak pegi kan.."kata Awien.

"A'ah kan.kita ni takde pakwe."aku buat ayat sedih.

"a'ah.kita ni tak cantik cam diorang."sambung Diela.

"a'ah.kita ni pon tak cun cam diorang."Zue tambah perencah.

"wei..aku tampar sorang-sorang nak?"Ieja cekak pinggang.

"betul apa.kitorang tak feymes.kan kecik kan?"tanya Awien kat aku.

"a'ah.diorang feymes.ada die-hard-fans.."aku makin suka menyakat.

"Ja, jum bunuh diorang!"Mary cakap kat Ieja.HAHA.

"kalau boleh, dari tadi aku nak buat.ele,takde yang minat konon.blah la weh.."kata Ieja.

"e'eh..betol ape.siapa nak minat kita ni.."Diela buat muka kesian.

"si Jojo tak minat ko ke Diela. Boy Tonjang tu da lame tunggu ko Awien. ko Zue,si Faiz tu dari form1 nak kat ko.ko pulak Cik,lagi la ramai.Fared, abang Iz..ha, sekarang si Tapai.."memandai si Mary.

"wehh..apa kena mengena ngan Tapai? aku cepuk kang!"semua tergelak.

"eleh,tau nak bengang. yela weh,Tapai suka ko."kata Ieja.

"korang ni suka merepek ar. tau ar lapar. meh jalan cepat sikit."aku da jalan ke depan.

"akak.."ada suara kat tepi aku waktu aku jalan tu. aku toleh. budak perempuan tu senyum.

"panggil akak ni ke?"aku tunjuk diri aku sendiri. buat muka pelik.

"a'ah. kak Amina Nadiah kan?"

"yep. mana tau name ni? ade ape?"

"nah."dia hulur 1 benda kat aku.

"apa ni?"aku buat muka reaksi takot. kot la bom ke dalam tu.

"ada orang bagi. abang senior."budak pompuan ni tak habis-habis senyum. cute pulak. budak form1 kot ni.

"kenal tak sape?"tetibe Ieja menyampuk. budak tu geleng.

"ok.takpe.thanks.adik boleh pegi."Ieja ni mandai je nak menghalau bdak tu.

"Cik,cepat bukak Cik.Excited."Awien pulak yang menyibuk.HAHA.aku bukak beg kertas kaler pink tu. ada coklat CAdbury ngan Toblerone big size ngan kad comei. nampak macam buat sendiri.

FoR DiA..
ThAnKs a Lot..
BcOz oF u, mY LiFe iS fLowEriNg~..
AkU sUkA kAmU kErAnA diRi kAmU..
StAy tHe sAmE..
aNd i'll StaY hErE foR yoU..

fRoM..
Klu dpt cari,ko mmg superb!;p

"Dia??"aku terkedu.

"DIA??sape lagi yang panggil ko Dia selain arwah Fared Cik?"yang lain pon cam terkejut giler.

"aku tak tau."tu je yang mampu aku cakap.

"tapi sweet seyh ayat dia. tapi ayat bawah tu cam nampak da yang dia ni budak nakal."kata Ieja. budak nakal??

"adakah??"Awien angkat kening.

"adakah ape?"aku pandang Awien.

"si TAPAI yang nakal."diorang cakap serentak.

"MERENG!takde maknenye.dah jum."aku mula taknak pikir.

"ele, camtu ke takde peminat Cik??"diorang bab perli-memperli memang terer habiss!!

tapi sape pulak yang rajen benor bagi aku coklat,buatkan kad yang nice giler!dan yang paling penting,sape yang panggil aku DIA??

No comments:

Post a Comment