Wednesday, March 10, 2010

kawen??

erm,kawen?semua orang nk kawen kan?skang pon kengkawan aku da ramai yg da kawen,da nak kawen,da tunang,da nak tunang..aku tumpang bahagia..hee..yang da ade anak pon ade..cm ex aku..haha

bile aku ingat2 balek,cm kelaka je.haha.mase b'cinta dulu,macam ye2 je nk kawen ngan dia.mate ni nmpak dia je.semua dia baek.semua dia bagos.tp bila da jauh,hamik ko.last2 skang dia kawen dulu.da ade anak sorang pon.kuang3..

aku?lame beb patah hati.sape tak patah hati,3 tahun ngn dia.3tahun jugakla xde couple.taknak pikir..tp sekarang?haha..

Monday, March 1, 2010

hadirnya cinta [2]

Macam biasa, Mid Valley tak pernah lengang. Nak cari parking pun susah. Nasib baik Dania dah cekap. Setakat jalan kat KL, hujung jari dia aje. Kalau Umie, setakat area Shah Alam boleh la. Jauh sikit, ibu dia masih belum izinkan. Bukan apa, sebelum ni Umie jarang memandu bila dia belajar di UiTM Jengka. Memandu bila dia cuti semester waktu dia berada di rumah.

Masuk jer dalam Mid Valley, Umie dan Dania terus menuju ke butik Vincci. Tujuan utama kot. Dania dah biasa memiliki kasut dari jenama mahal tu. Bagi Dania, duit tak pernah jadi masalah buat dia. Ayah dia pun ahli korporat, Datuk Suhaimi. Tapi satu kelebihan Dania, dia tak pernah sombong dengan harta yang melimpah. Bagi Umie pulak, dia langsung tak kisah pasal jenama asalkan dia selesa dengan apa yang dia pakai. Abah dan ibunya langsung tak pernah manjakan dia dengan kemewahan. Dia diajar bersyukur dengan apa yang dia miliki. Ibu selalu berpesan, kalau dia merasa susah, ada lagi manusia yang lebih susah di muka bumi ini.

Lepas Dania pilih dua pasang kasut, diorang pun keluar dan terus berjalan-jalan di setiap tingkat Mid Valley. Umie berkenan dengan sehelai t-shirt berlengan panjang warna ungu lembut jenama Radioactive. Jatuh cinta pandang pertama dengan baju tue. Macam tu lah tabiat Umie. Bila pertama kali dia pandang sesuatu dan hati dia berkenan, terus dia beli. Dia sangat percaya dengan kata hatinya sebab pada dia, hatinya tidak pernah menipu.

”Ko nak beli baju ni ke Mie?”Dania tanya bila dia tengok Umie dah berhenti untuk belek baju tu.

”Cantik kan Dania. A’ah, aku nak beli.”Umie jawab.

”Meh, bawak sini. Biar aku bayarkan.”Dania dah mengambil baju di tangan Umie.

”Ko ni nape Dania? Biarlah aku bayar sendiri. Ibu aku dah bagi duit la.”Umie cakap kat Dania lepas Dania ambik baju itu.

”Aku tau ko ada duit tapi aku macam baik hati pulak nak belanja ko hari ni. Tak salah kan?”Dania dah berjalan menuju ke kaunter. Umie merampas balik baju tue dari Dania.

”Tak payah. Biar aku bayar sendiri.”boleh pulak nak berebut.

”Ngade la ko. Bawak sini la. Nak balik jalan kaki?”Dania mengangkat keningnya.

”Eee, geramnya aku. Menyampah! Nak main ugut-ugut pulak..”Umie cubit lengan Dania. Terpaksa dia mengalah.

“Weekk.”Dania dah menjelir lidahnya. Sabar je dengan Dania ni.

Macam tulah antara dia dan Dania. Duit tak pernah jadi ukuran. Dania dah pun jadi kawan baik Umie sejak Umie dari Tingkatan 1 lagi. Sejak dari mula perkenalan, Umie dapat rasakan yang antara dia dengan Dania ada keserasian yang tak dapat dia rasa bila dia berkawan dengan orang lain. Dania sangat memahami Umie. Semua rahsia Dania ada pada Umie dan semua rahsia Umie ada pada Dania. Pertama kali diorang berpisah waktu Umie melanjutkan pelajaran ke UiTM Jengka dan Dania pula ke UiTM Segamat. Tapi last-last diorang kembali bersatu bila masing-masing dapat sambung Ijazah di kampus induk, UiTM Shah Alam.

Lepas penat berjalan, Dania mengajak Umie makan di McD. Rasa nak tercabut kaki bila teman si Dania ni shopping. Umie dah tahu sangat, kalau keluar dengan Dania, tak sah kalau tak sedekah duit kat McD tue. Umie pun ikut jela nafsu si Dania. Nafsu ekh? HAHA.

Lepas bayar, Umie bawa dulang yang berisi makanan menuju ke meja yang ditunggu Dania kat sudut hujung McD. Tengah Umie berjalan, ada tangan yang menyenggol tangan kirinya dan menyebabkan air dalam bekas tertumpah. Habis basah lengan baju Umie dan bila dia pandang makhluk kat depan dia, habis lencun baju mamat tue. Muka mamat tu pulak macam tunggu masa nak bertukar jadi the hulk jer. Sape suruh tangan tu tak reti duk diam.

”Sorry.”Umie merendah diri sedangkan mamat tue yang langgar dia.

”Buta ke hape ko ni?”punya la kuat suara mamat tue. Malu Umie. Dia pegi jerkah kat tengah-tengah alam.

”Saya dah minta maaf kan?”Umie pantang kalau dia bercakap elok-elok tapi orang balas kasar dengan dia.

”Peduli ape dengan maaf ko? Ko boleh keringkan baju aku ni? Harap muka cantik tapi mata letak kat lutut!”lelaki tue masih marah-marah Umie lagi.

”Wait-wait! Jangan sesedap rasa nak mengata aku ea? Ko yang langgar aku tapi aku yang mintak maaf. Aku tak kisah. Tapi aku cakap elok-elok, ko maki aku. Jadi manusia tue biarlah sopan sikit.”Umie dah hilang sabar.

”Layak ke aku cakap sopan dengan orang macam ko?”lelaki tue membesarkan matanya yang tak berapa nak besar sebenarnya.

”Dah sah ko ni tak pernah pergi sekolah. Nanti aku carikan ustaz untuk ajar ko Akhlak ea? By the way, thanks la cakap aku cantik tadi. Yang tue dah lame aku tau. And lastly, entah dosa apa sampai aku jumpa beruk macam ko hari ni. Aku harap sangat aku takkan jumpa ko lagi.”Umie terus berlalu.

”Weh perempuan!”lelaki tue menjerit pada Umie tanpa dia pedulikan pandangan orang sekeliling. Umie hanya menjelir lidahnya. Peduli ape!

”Apehal Mie? Kelakar ar tengok ko gaduh.”Dania dah tergelak.

”Hampeh ko Dania. Bukan nak tolong aku. Geram giler aku. Die yang langgar aku tapi nak marah-marah aku. Aku dah mintak maaf tapi makin tengking aku. Ko tau kan aku camner? Ee, hangin giler.”Umie melepaskan rase marahnya pada Dania.

”Ala, aku tau ko boleh handle. Tapi cute jugak la muka mamat tue.”Dania tersengih.

”Cute tapi takde otak nak buat ape? E, mintak-mintak aku takkan jumpa lagi manusia sebiadap dia.”Umie terus menyedut air dalam gelas bagi menyejukkan hatinya.

‘sakitnya hati aku! Ape malang sangat nasib aku hari ni sampai jadi macam ni. Dahla baju basah, jumpa beruk mana entah yang suka maki orang. Tak ada budi bahasa langsung. Bukan baju dia sorang yang basah, baju aku pun basah beb. Tapi baju dia lagi banyak la yang basah. Padan muka. Dahla banyak mata yang pandang tadi. Malunya. Nasib baik memang aku ni jenis selamba. Kalau tak, maunya aku nangis kat situ. Kalau aku nangis, mesti beruk tue ketawakan aku. Tapi aku memang benci dia. Janganlah aku jumpa lagi dengan dia.’gumam Umie dalam hati.

Di sudut lain, dua orang lelaki tengah ketawa berdekah tengok kawan baik diorang bergaduh dengan sorang perempuan cantik lagi manis tapi ganas.

”Korang gelak apa?”Atif memarahi Azim dan Johan yang dah berdekah dari tadi. Free show tengah-tengah McD.

”Ko ni pehal Tif? Gaduh dengan perempuan kat tengah-tengah McD. Dah la tue, dengan perempuan cun camtu ko boleh maki dia? Rugi la ko.”kata Azim pada Atif Naufal lepas Atif kembali ke meja dengan membawa tiga bungkus McD Burger.

”Perempuan tue mata letak kat lutut.”Atif masih tak mahu kalah.

”Tak nak kalah konon. Kitorang nampak ko yang langgar tangan dia. Bila awek tue mintak maaf, boleh pulak ko tengking dia. Ambik ko bila die balas balik.”Johan dah tergelak.

”Oo, korang ni kalau awek jer, pantang. Semua aku salah. Alah, aku tak heran la. Tapi aku geram dengan perempuan tue.”marah Atif masih belum reda.

”Rilex ar. Tapi comel muka awek tue. Sesuai dengan ko, mata sepet. Jodoh ko Tif.”Azim menyakat Atif.

“Tolong ar. Muka comel tapi perangai macam monyet buat apa?”Atif bengang.

‘Takpe. Ko malukan aku hari ni. Kalau ko taknak jumpa aku lagi lepas ni, tapi aku nak sangat jumpa ko lepas ni. Nak tau nape? Sebab aku nak balas dendam. Aku takkan lepaskan ko. Ni Atif Naufal la. Aku peduli apa ko comel ke tak. Malang betul hari ni sebab boleh terjumpa monyet bangang dalam McD ni. Sumpah, tak pernah aku jumpa perempuan macam dia sebelum ni. Perempuan tue tak perasan muka aku yang cute, yang jadi rebutan junior aku kat kampus tue ke sampaikan dia boleh cakap aku ni takde akhlak? Siap nak carikan aku ustaz lagi. Melampau! Takpe. Semoga aku jumpa lagi dengan die. Monyet betina!’Atif mendengus geram.

hadirnya cinta [1]

“Bangun Umie Zulaikha!!”suara persis harimau betina sudah mengaum.
Umie Zulaikha terkejut dan terus bangkit. Ya ampun, kalau dia ada sakit jantung, ibunya itu dah adakan kenduri tahlil agaknya. Kalau ye pun, kejut lah elok-elok.

”Ibu ni.. buat Mie terkejut je la. Bagilah salam kalau ye pun.”Umie berkata malas.

”Ibu ni dah tak larat nak menjerit dah Umie oi! Anak dara apa kamu ni? Lepas subuh sambung balik tidur sampai matahari dah tegak. Dah, bangun!”Puan Marina dah mula membebel.

”Ibu ni, bila lagi Mie nak bangun lewat. Dah masuk UiTM nanti dah tak boleh bangun lambat tau. Kesian la kat anak kesayangan ibu ni.”Umie masih belum bangkit lagi dari katilnya yang bercadar warna merah jambu.

”Cukup Mie. Ibu taknak dengar alasan. Bangun!”sekali lagi Puan Marina mengaum. Bagi mengelakkan ibunya menerkam, Umie pantas bangkit dan menuju ke bilik air. Takut betul bila dia lihat ibunya marah. Potong line ar ibu ni..

Umie Zulaikha satu-satunya puteri hati Puan Marina hasil perkongsian hidupnya dengan Dr. Zaidi. Puteranya, Luqman Hakim masih berada di Jepun untuk melanjutkan pelajarannya dalam bidang Kejuruteraan Mekatronik. Hanya Umie yang menemani mereka setelah Hakim berangkat ke Jepun dua tahun lalu.

Kini Umie sudah pun berusia 21 tahun. Tapi masih manja dan nakal. Setelah Umie menamatkan pengajian dalam bidang Diploma Pengajian Perniagaan dari UiTM Jengka, kini dia diterima untuk melanjutkan pelajarannya ke peringkat Ijazah pula di UiTM Shah Alam dan hujung minggu ni tarikh pendaftaran kemasukan siswi baru. Terpaksa Puan Marina dan Dr. Zaidi tinggal berdua lagi di rumah. Bila ayah Umie ke hospital, tinggal Puan Marina berseorangan di rumah mereka.

Setelah mandi, Umie turun ke tingkat bawah dan menuju ke meja makan. Bila dia melihat jam besar di dinding ruang tamu, jarum jam menunjukkan ke angka 9.

”La, baru pukul 9 ke? Kecoh la ibu ni. Kacau jer aku tengah mimpi best tadi.”Umie mengomel sendiri. Dia membuka tudung saji di atas meja dan terus mengambil sepotong kuih dari dalam pinggan.

”Eloknya perangai? Makan tak boleh nak duduk?”tiba-tiba Puan Marina muncul dari arah dapur dan serta merta Umie tersedak. Rasa nak terbegik pun ada jugak.

”Ibu ni, bagi Mie terkejut jela. Asyik kena marah jer.”Umie terus duduk di kerusi dan mencebik.

”Mie, ibu bukan marah Mie tapi Mie buatlah perangai elok-elok sikit. Mie kan perempuan. Dah besar dah pun kan.”Puan Marina dah berdiri di sisi Umie dan mengusap lembut rambut Umie yang di potong separas bahu itu.
”Ala ibu ni, Mie tau la. Tapi kat rumah ni bukan ade sape lagi pun. Mie dengan ibu jer kan?”Umie masih mahu melawan kata ibunya.

”Tengok, ibu cakap menjawab. Memanglah cume Mie dengan ibu jer tapi nanti kalau dah terbiasa, depan orang lain pun Mie buat camtu kan? Kalau orang zaman dulu, umur macam Mie ni dah ada anak 3 tau tapi Mie ni, masih nakal lagi. Ibu kawinkan nak?”Puan Marina mula menyakat Umie.

”Eee, ape ibu ni. Geli jer cakap pasal kawin-kawin ni. Mie muda lagi la bu. Degree pun tak lepas. Abang Kim tue yang patut ibu kawinkan dulu.”Umie tak suka bila ibunya bercakap pasal kawen-kawen ni. Muda lagi kot nak cakap pasal kawen.

”Eleh, malu-malu pulak anak ibu ni. Abang Kim takde kat sini, lambat lagi kan Abang Kim balik, jadi Mie la dulu. Rasenye Abang Kim pun tak kisah kalau Mie langkah bendul.”Puan Marina masih giat menyakat Umie.

”Ibu!!”Umie dah menjerit.

”Yela-yela. Kalau Mie tak ubah perangai tue, ibu carikan calon untuk Mie. Dah sudah makan, tolong ibu bagi ikan kat kolam tue makan. Lepas tue tolong ibu alihkan pasu bunga kat tepi kolam tue. Ibu nak pergi minimarket kejap. Ibu nak beli barang sikit.”Puan Marina dah memberikan tugas pada Umie.

”Ala, Mie nak ikut bu.”pinta Umie padahal dia malas nak buat kerja-kerja yang ibu dia bagi tadi.

”Mie, budak tadika ke? Ibu pergi minimarket Ravi je. Jangan nak cari alasan taknak buat kerja yng ibu bagi tadi.”Puan Marina dah cekak pinggang persis mak tiri bawang merah.

”Yela-yela. Kena marah lagi.”Umie berkata perlahan sebelum menghirup sisa air milo yang ada dalam cawan.

”Mie..”Puan Marina dah mencubit pipi Umie dan Umie menyeringai kesakitan.

Selepas Puan Marina keluar ke minimarket, Umie ke luar rumah untuk mengalihkan pasu dan bagi ikan-ikan di kolam makanan. Rumah teres dua tingkat berlot tepi itu telah didiami mereka sekeluarga selepas ayahnya berpindah ke Hospital Klang kira-kira 10 tahun lepas. Sebelum tu, ayahnya berkhidmat sebagai doktor di Hospital Selayang. Ibunya sangat suka menanam pokok bunga serta menhias rumahnya dengan pelbagai jenis tumbuhan serta rekaan landskap. Ibunya pernah bekerja sebagai jurutera landskap tetapi berhenti kerja setelah Abang Hakim berusia 15 tahun. Tak hairanlah rumah yang mereka duduk teramat cantik dengan senireka landskapnya.

Umie termenung. Hujung minggu ni dia dah pun mendaftar kat UiTM. Maksudnya terpaksa berpisah dengan abah dan ibunya. Kadang-kadang dia sedih sebab terpaksa tinggalkan ibunya di rumah bila abah ke hospital. Tapi dia takde pilihan. Semua itu pun untuk kebaikan masa depan dia jugak. Lagipun jarak rumah ke kampus bukan jauh sangat. Weekend boleh dia balik ke ’istana’ milik abah dan ibunya. Tengah dia mengelamun, handset di poket seluarnya berbunyi dan tertera nama Dania, kawan baiknya yang juga bakal melanjutkan pelajaran di UiTM.

”Weh makcik. Jum keluar.”tanpa salam Dania terus laju bercakap.

”Ehem, assalamualaikum.”Umie menyedarkan Dania. HAHA. Hamik ko Dania.

”Ops, assalamualaikum. Boleh cakap dengan Umie Zulaikha?”Dania membetulkan suaranya.

”Wa’alaikumussalam. Elok pun. Haha. Ha, ade ape ko call aku?”Umie terus masuk ke dalam rumah.

”Rindu kat ko.”selamba Dania menjawab. Euww, buang tebiat ke hape.

”Wei mangkuk, aku cakap betul-betul.”Umie dah tergelak.

”Betul la. Tak boleh ke I nak rindu kat you sayang?”Dania masih menggedik.

”E.. geli usus aku. Ngade la ko.”

”Eleh, geli konon. Kalau Izhar yang cakap, tak geli pulak. Aku nak ajak ko keluar petang ni. Nak?”Dania dah menyatakan tujuan die menelefon Umie.

”Woit, ape kes sampai nama Izhar kuar ni? Aku sepak laju-laju kang. Nak pegi mane?”Umie bertanya.

”Mid nak? Aku nak beli kasut la. Nak tak?”Dania nakkan confirmation.

”Ok jugak. Nanti aku beritau ibu aku. Naik kereta ke naik train?”Umie bersetuju.

”Naik kereta la. Aku ambik ko nanti. Lepas Zuhur ok. Bye.”Dania memberi kata putus.

”Ok. Bye.”

Thursday, February 4, 2010

cinta dia [28]

Malam Sabtu tu kitorang nak gerak ke Cameron. excited giler!! masing-masing jakun.HAHA.

"Ja,Azam panggil ko kat belakang tu."Tapai cakap.Ieja duk sebelah aku terpinga-pinga.biar benar.asal tak panggil sendiri.

"ye je ko?"Ieja cam caye tak caye je.

"yela. pegila cepat."Ieja terus bangun.dan Tapai terus duduk tempat Ieja.sebelah akula maksudnya.

"weh.."dia tegur aku yang konon-konon tengah tengok luar tingkap.

"assalamualaikum lebih baik yer Incik Tapai."aku cakap ala-ala ustazah.

"HAHA.mu cakap gitu kat aku.oke.Assalamualaikum cik Kecik."dia gelak.

"asal duk sini?"aku tanya.

"dah tu aku nak duk mana?atas lantai?"

"oke jugak tuh."selamba aku jawab.

"ko memang tak sayang aku."erkk..ayat apakah ini?

"HAHA.mereng ko da sampai ekh.."aku gelak.

"suka panggil aku mereng.kang kalau si mereng ni yang jadi laki ko,hamik ko."

"aku pon ikut mereng.."

"HAHA.so bolehla kalau aku jadi laki ko?"

"aku tak cakap aku nak pon."aku cover.tetibe gelabah.

"ele,malu tapi mau."

"sengal!"

"aku dengar ada budak bagi ko coklat lagi?"

"Hah?mana tau ni?"mulut mana yang nak kena sumbat ngan slipper jepun aku nih.

"arr..emmm..ala,da kecoh.."tetibe dia cam gagap.

"kecoh?sape yang kecoh?"aku makin pelik.

"em,ala..aku kan ramai kawan. aku tau la.erm,ko tau ke sape yang bagi ko?"

"entah. mereng da kot mamat tu.entah-entah saje je nak kenakan aku kan."

"tak baik je ko panggil dia mereng.kalau dia serius macam mana?"dia tanya aku.

"masalahnya 'KALAU'.."

"tapi dia betul-betul?"dia tanya lagi.

"mana ko tau dia betul-betul?ko kenal dia ke?"

"la, tadi ko kata 'KALAU'..ni aku da buangla perkataan 'KALAU' tuh."

"HAHA.erm,entah.yang penting aku malas nak layan.entah sesape je.kalau betul minat aku, be gentleman la.jumpa terus.ni nak main teka teki bagai.ingat aku rajen sangat ke nak carik.dia bagi aku coklat,aku makanla.macam tau-tau je aku suka makan coklat."

"so,ko taknak cari la sape mamat tu?"

"malas la.dia nak aku,dia kena jumpa aku."

"kalau ko da jumpa orang tu hari-hari macam mana?"serius suara dia.

"HAH?sape pulak la.."aku cam terkejut.

"kalau aku?"giler ke soalan dia ni?

"kalau ko??HAHA.soalan jenis apa ko ni.."aku gelak lagi.

"aku serius ni.kalau aku yang bagi camner?"

"aku tak caye."aku pandang dia.

"Dia..kalau ko dapat cari aku,ko memang superb!"dia ulang ayat dalam kad tu.dia panggil aku DIA.dia ke?TAPAI ke??

"Pai.."aku macam tergamam.dia angguk.

"memang aku yang bagi ko coklat tu.aku suka kamu kerana diri kamu."

"kenapa aku?"

"sebab ko adalah ko.ko tak penah nak jadi orang lain.semua yang ko buat aku suka.lagi-lagi bila ko gaduh ngan aku.aku suka sangat tengok ko marah."dia senyum.

"ko jahat.."

"memang aku jahat tapi tak salah kalau orang jahat ni jatuh cinta kat budak kecik kan?"

"ko panggil aku budak kecik??"

"HAHA.tengok, dah marah..kecik-kecik pon aku da sayang.."

"dala tu.aku macam mimpi ni ha.."

"ko suka aku tak?"dia tanya soalan cepumas.

"taknak jawab boleh?"

"kalau ko tak jawab,maksudnya ko pon suka aku."

"HAHA.giler nakal pilihan.."aku tergelak lagi.

"nak jawab tak?"dia tanya.aku geleng kepala.malu siot!

"HAHA.yes!!thanks Cik.."dia da tahu apa jawapan aku.

Wednesday, February 3, 2010

cinta dia[27]

"weh, tak sabar ar nak malam esok."kata Ieja waktu kitorang nak ke DM.

"a'ahla. aku pon."sampuk Mary.

"Ele,mentang-mentang ar diorang ada pakwe.mestila excited nak pegi kan.."kata Awien.

"A'ah kan.kita ni takde pakwe."aku buat ayat sedih.

"a'ah.kita ni tak cantik cam diorang."sambung Diela.

"a'ah.kita ni pon tak cun cam diorang."Zue tambah perencah.

"wei..aku tampar sorang-sorang nak?"Ieja cekak pinggang.

"betul apa.kitorang tak feymes.kan kecik kan?"tanya Awien kat aku.

"a'ah.diorang feymes.ada die-hard-fans.."aku makin suka menyakat.

"Ja, jum bunuh diorang!"Mary cakap kat Ieja.HAHA.

"kalau boleh, dari tadi aku nak buat.ele,takde yang minat konon.blah la weh.."kata Ieja.

"e'eh..betol ape.siapa nak minat kita ni.."Diela buat muka kesian.

"si Jojo tak minat ko ke Diela. Boy Tonjang tu da lame tunggu ko Awien. ko Zue,si Faiz tu dari form1 nak kat ko.ko pulak Cik,lagi la ramai.Fared, abang Iz..ha, sekarang si Tapai.."memandai si Mary.

"wehh..apa kena mengena ngan Tapai? aku cepuk kang!"semua tergelak.

"eleh,tau nak bengang. yela weh,Tapai suka ko."kata Ieja.

"korang ni suka merepek ar. tau ar lapar. meh jalan cepat sikit."aku da jalan ke depan.

"akak.."ada suara kat tepi aku waktu aku jalan tu. aku toleh. budak perempuan tu senyum.

"panggil akak ni ke?"aku tunjuk diri aku sendiri. buat muka pelik.

"a'ah. kak Amina Nadiah kan?"

"yep. mana tau name ni? ade ape?"

"nah."dia hulur 1 benda kat aku.

"apa ni?"aku buat muka reaksi takot. kot la bom ke dalam tu.

"ada orang bagi. abang senior."budak pompuan ni tak habis-habis senyum. cute pulak. budak form1 kot ni.

"kenal tak sape?"tetibe Ieja menyampuk. budak tu geleng.

"ok.takpe.thanks.adik boleh pegi."Ieja ni mandai je nak menghalau bdak tu.

"Cik,cepat bukak Cik.Excited."Awien pulak yang menyibuk.HAHA.aku bukak beg kertas kaler pink tu. ada coklat CAdbury ngan Toblerone big size ngan kad comei. nampak macam buat sendiri.

FoR DiA..
ThAnKs a Lot..
BcOz oF u, mY LiFe iS fLowEriNg~..
AkU sUkA kAmU kErAnA diRi kAmU..
StAy tHe sAmE..
aNd i'll StaY hErE foR yoU..

fRoM..
Klu dpt cari,ko mmg superb!;p

"Dia??"aku terkedu.

"DIA??sape lagi yang panggil ko Dia selain arwah Fared Cik?"yang lain pon cam terkejut giler.

"aku tak tau."tu je yang mampu aku cakap.

"tapi sweet seyh ayat dia. tapi ayat bawah tu cam nampak da yang dia ni budak nakal."kata Ieja. budak nakal??

"adakah??"Awien angkat kening.

"adakah ape?"aku pandang Awien.

"si TAPAI yang nakal."diorang cakap serentak.

"MERENG!takde maknenye.dah jum."aku mula taknak pikir.

"ele, camtu ke takde peminat Cik??"diorang bab perli-memperli memang terer habiss!!

tapi sape pulak yang rajen benor bagi aku coklat,buatkan kad yang nice giler!dan yang paling penting,sape yang panggil aku DIA??

Wednesday, January 20, 2010

cinta dia [26]

pergh..mengantuk giler pagi ni. bosan ar pulak cikgu tak masuk. aku toleh Ieja sebelah aku. mak aii, sedap je dia membuta.aku pandang Diela depan aku. khusyu' menulis dalam buku. Awien sebelah Diela, sama spesies macam Ieja. aku toleh Mary kat belakang, mulut terkumat-kamit macam baca mantera. curi dengar mp4 la tu. si Zue pulak, tak habis-habis dengan novel. hmm, aku lentok kepala atas meja. mata terus terpandang Tapai.

mata dia, hidung dia, mulut dia, kulit dia, pakaian dia..tetiba aku rasa macam dia ni nice, perfect and whatever so on. apesal ni..walaupun dia suka sangat cari gaduh dengan aku, walaupun dia selalu sangat cari pasal dengan aku, tapi aku macam tak kisah. rasa macam tak best giler kalau satu hari dia takde dalam hidup aku. giler kan? tengah syok pandang dia, dia toleh kat aku. gulp! dia pandang aku lama. aku tergamam. aku dan dia.. bertentang mata!! buat pertama kalinya..hati aku dan dia macam berkata-kata.

"tiba-tiba aku rasa macam ko cute giler!"hati aku cakap pada hati dia.

"aku memang dari dulu perasan yang ko comel sangat."hati dia jawab.

"erm, ko suka aku ke?"tanya hati aku lagi.

"kalau aku suka ko, agak-agak ko suka aku jugak tak?"e'eh, tanya balik pulak.

"suka kot.."hati aku jawab malu-malu.

"woi..korang main mata ea??"tetiba aku terkejut dengar suara Azam. siot!! aku terus angkat kepala, pandang tempat lain. malu giler.

"HAHA. kantoiii.."Bendi gelak.

"korang asal? MENGONG!"aku jeling.diorang da tarik kerusi, berkumpul kat meja kitorang.

"wei, confirm ekh korang nak pegi Cameron tu? aku nak pegi daftar nama petang kang."kata Ieja.

"sume on kot."jawab Azam.

"eh, kejap. Tapai, ko joint sekali kan?"aku tanya dia.

"pegi mana?"dia kerut dahi.

"weh, korang tak bagitau dia ke?"aku cakap kat Azam, Bendi ngan Johan.

"sape la aku ni kan.."tapai buat ayat sedih.

"apela korang ni. pegi Cameron..jumla.."tanpa aku sedar, macam beriya benar aku ajak dia.

"HAHA.sungguh-sungguh nampak ajak Tapai?"Azam menyakat. aku da angkat pencil box.

"ko pegi ke?"dia tanya aku.

"kalau tak pegi?"aku angkat kening.

"tak pegi jugak."

"kalau aku pegi?"

"aku pegi."dia jawab.

"whoaaa.."bebudak bersorak serentak.HAHA.sorang-sorang da sewel.

"sengal.HAHA.pegi kot."aku senyum.dia senyum.

"so, ko pegi Pai?"tanya Ieja.

"pegila kalau Kecik pegi."ahh, kenapa ikut aku?musykil ni.bebudak senyum perli.

"korang ada sembunyikan pape ke?"tanya Diela.

"sembunyikan apa?"aku tanya. pelik.

"korang couple ekh?"tanya Awien pulak.

"wehh..tuduhan berat tu. memandai je. takde makna."aku deny pertanyaan Awien tu. tapi Tapai just buat dont know je.

"manalah tahu kan.."Johan menyampuk.

"eh, malam tadi ko pegi mana masa prep? janji nak study sesama.."aku tanya Tapai lagi.

"asal?rindu aku ea?"dia sengih. BIOL!

"aku tanya je."aku cover kegugupan aku.

"take care jugak ko kat aku erk. ingatkan cuma ingat kat Izhar je.."

erkkk..apa kena mengena ngan Izhar. aku pandang Ieja. Ieja angkat kening. buat muka betul-tak-apa-kitorang-pikir? dan-dan aku buat muka hotak-ko!

Tuesday, January 19, 2010

cinta dia [25]

"citer best..citer best.."Ieja datang tergopoh-gopoh dalam group kitorang waktu prep malam tu.

"ya allah..ko ni nape Ja?"dahi Diela berkerut.

"yang, jangan camni boleh tak? tak habis lagi ngan gosip ke?"Azam tegur Ieja. Ieja mencebik.

"orang bukan nak gosipla.orang nak bagitau citer best je.tu pon salah."

"ololo..majuk plak..ok-ok, citer meh.."Azam pujuk Ieja. yucks..geli geleman.

"korang nak join tak pegi Cameron next month?"tanya Ieja.

"Cameron??wahh..jom-jom.."mary da excited.

"ajak sape?ajak aku ke ajak diorang?"Bendi menyakat Mary.

"sibuk je.HAHA.dua-dua la.."mary sengih.Bendi pon.adoii..ni la kalau masing-masing da bercouple-couple bagai.

"cam best je..jomla."Awien cam da confirm nak joint.

"AKu tak kisah."jawab Diela.

"ko cik?"Ieja tanya aku.

"erm,aku ikut jela kalau da korang semua nak pergi."aku jawab. rasa cam kurang sorangla malam ni.

"ok.set.."ieja sengih.

"Kejap. mana Tapai?"aku tanya.

"wah, alert giler. aku pon tak pasan Tapai takde."kata Ieja.

"ko tak comfort kalau Tapai takde ekh?"bendi sengih.

"hotak ko..aku tanya je.biasa mulut dia tak berenti nak kenakan aku."aku cover.em, tetiba rasa cam tak best bila dia takde.

di depan tangga blok F..

"Am, ko tak pegi prep ke?"tegur satu suara.Tapai menoleh.

"ada kena mengena dengan ko ke?"

"HAHA.asal ko?marah aku rapat dengan Nad?"tanya lelaki tu.

"kalau aku marah pon kenapa?"

"takde ape."

"kenapa keturunan ko suka sangat nak rampas hak orang lain?"tanya Tapai.

"HAHA.kepuasan.."gelak Izhar jahat.

"aku tahu ko baca blog aku dalam laptop kan?sebelum ko baca, takde pon ko nak suka kat Kecik. lepas ko baca, baru ko nak suka dia. selama ni pernah ke aku rampas hak ko?"Tapai pandang Izhar.

"apa-apa jela Am. tapi aku yakin, Nad lebih suka aku. best man win.."Iz menepuk bahu Tapai sebelum berlalu.

'sabar Pai..'

Sunday, January 3, 2010

cinta dia [24]

"Pai, laju benor ko jalan?"Johan tanya Tapai. dia da lepak kat tangga belakang. tapai senyap.

"aduh, letih aku kejar ko Pai.."Bendi termengah-mengah.

"aku tak suruh korang ikot aku pon."Tapai da bersandar kat dinding.

"ko asal weh?"Azam kerut dahi. confirm ada benda tak kena.

"asal?mana ada pape."dia pejam mata.

"blah ko Pai..muka macam taik,kata takde pape."turn Johan cakap.

"ko jeles ekh?"Bendi sengih.

"jeles?nak jeles ape?"dia masih control suara.

"ele,ko jeles tengok Kecik baik ngan mamat tu tadi kan?"straight si Azam bercakap.

"Jeles ngan mamat tu?tak masal."dia da celik balik.

"sudahla ko Pai.nak kalis pulak.kadang-kadang ko memang tak reti langsung nak cover benda-benda camni ko tau tak."kata Johan.

"diorang tu memang ada pape ke?"Tapai tanya diorang. diorang terus pecah gelak.

"aku tanya serius ni weh.."

"ok-ok..emm, tak sure la.tapi dari form3 si Iz tu da mula cam minat ngan Kecik.Asal?"jawab Azam.

"ko tau tak Iz tu sape?"tanya Tapai.

"budak 5 Sc 1.."jawab Johan.

"tu pon aku tahu mangkuk. maksud aku Iz tu orang yang macam mana.."Tapai masih bersandar di dinding.

"entah. aku tak ambik port sangat. Kecik pon jarang nak cerita. ko ni asal sebenarnya Pai?"tanya Azam lagi.

"kenapa apa yang aku nak mesti dia nak jugak?"Tapai berkata perlahan.

"maksud ko apa dan siapa?"tanya Johan pulak.

"Izhar Hanafi bin Yusof"

"kenapa dengan dia? ko rapat dengan dia ke?"giliran Bendi tanya Tapai.

"aku nak rapat dengan dia?nonsense.."

"so,asal ko cakap camtu?"

"mungkin mak dia boleh nak rampas ayah aku dari mak aku tapi aku takkan biarkan dia rampas orang yang aku sayang dari aku."serius jawapan Tapai.

"hoho.kejap.aku tak paham.."kata Azam.

"aku pon."Bendi dan Johan jawab serentak.

"takyah paham. aku takde mood. kang aku cerita kat korang. aku blah dulu."Tapai terus bangun dan berjalan menuju ke blok belakang.

"aku rasa aku macam dapat tangkap apa yang dia cakap tadi.."kata Johan.

"dia suka Kecik?"tanya Azam. Johan angguk.

"dan dia dengan Izhar berkongsi bapak tapi lain mak?"tanya Bendi pulak.sekali lagi Johan angguk.

what??? mesti jadi konflik pasni.