Monday, March 1, 2010

hadirnya cinta [2]

Macam biasa, Mid Valley tak pernah lengang. Nak cari parking pun susah. Nasib baik Dania dah cekap. Setakat jalan kat KL, hujung jari dia aje. Kalau Umie, setakat area Shah Alam boleh la. Jauh sikit, ibu dia masih belum izinkan. Bukan apa, sebelum ni Umie jarang memandu bila dia belajar di UiTM Jengka. Memandu bila dia cuti semester waktu dia berada di rumah.

Masuk jer dalam Mid Valley, Umie dan Dania terus menuju ke butik Vincci. Tujuan utama kot. Dania dah biasa memiliki kasut dari jenama mahal tu. Bagi Dania, duit tak pernah jadi masalah buat dia. Ayah dia pun ahli korporat, Datuk Suhaimi. Tapi satu kelebihan Dania, dia tak pernah sombong dengan harta yang melimpah. Bagi Umie pulak, dia langsung tak kisah pasal jenama asalkan dia selesa dengan apa yang dia pakai. Abah dan ibunya langsung tak pernah manjakan dia dengan kemewahan. Dia diajar bersyukur dengan apa yang dia miliki. Ibu selalu berpesan, kalau dia merasa susah, ada lagi manusia yang lebih susah di muka bumi ini.

Lepas Dania pilih dua pasang kasut, diorang pun keluar dan terus berjalan-jalan di setiap tingkat Mid Valley. Umie berkenan dengan sehelai t-shirt berlengan panjang warna ungu lembut jenama Radioactive. Jatuh cinta pandang pertama dengan baju tue. Macam tu lah tabiat Umie. Bila pertama kali dia pandang sesuatu dan hati dia berkenan, terus dia beli. Dia sangat percaya dengan kata hatinya sebab pada dia, hatinya tidak pernah menipu.

”Ko nak beli baju ni ke Mie?”Dania tanya bila dia tengok Umie dah berhenti untuk belek baju tu.

”Cantik kan Dania. A’ah, aku nak beli.”Umie jawab.

”Meh, bawak sini. Biar aku bayarkan.”Dania dah mengambil baju di tangan Umie.

”Ko ni nape Dania? Biarlah aku bayar sendiri. Ibu aku dah bagi duit la.”Umie cakap kat Dania lepas Dania ambik baju itu.

”Aku tau ko ada duit tapi aku macam baik hati pulak nak belanja ko hari ni. Tak salah kan?”Dania dah berjalan menuju ke kaunter. Umie merampas balik baju tue dari Dania.

”Tak payah. Biar aku bayar sendiri.”boleh pulak nak berebut.

”Ngade la ko. Bawak sini la. Nak balik jalan kaki?”Dania mengangkat keningnya.

”Eee, geramnya aku. Menyampah! Nak main ugut-ugut pulak..”Umie cubit lengan Dania. Terpaksa dia mengalah.

“Weekk.”Dania dah menjelir lidahnya. Sabar je dengan Dania ni.

Macam tulah antara dia dan Dania. Duit tak pernah jadi ukuran. Dania dah pun jadi kawan baik Umie sejak Umie dari Tingkatan 1 lagi. Sejak dari mula perkenalan, Umie dapat rasakan yang antara dia dengan Dania ada keserasian yang tak dapat dia rasa bila dia berkawan dengan orang lain. Dania sangat memahami Umie. Semua rahsia Dania ada pada Umie dan semua rahsia Umie ada pada Dania. Pertama kali diorang berpisah waktu Umie melanjutkan pelajaran ke UiTM Jengka dan Dania pula ke UiTM Segamat. Tapi last-last diorang kembali bersatu bila masing-masing dapat sambung Ijazah di kampus induk, UiTM Shah Alam.

Lepas penat berjalan, Dania mengajak Umie makan di McD. Rasa nak tercabut kaki bila teman si Dania ni shopping. Umie dah tahu sangat, kalau keluar dengan Dania, tak sah kalau tak sedekah duit kat McD tue. Umie pun ikut jela nafsu si Dania. Nafsu ekh? HAHA.

Lepas bayar, Umie bawa dulang yang berisi makanan menuju ke meja yang ditunggu Dania kat sudut hujung McD. Tengah Umie berjalan, ada tangan yang menyenggol tangan kirinya dan menyebabkan air dalam bekas tertumpah. Habis basah lengan baju Umie dan bila dia pandang makhluk kat depan dia, habis lencun baju mamat tue. Muka mamat tu pulak macam tunggu masa nak bertukar jadi the hulk jer. Sape suruh tangan tu tak reti duk diam.

”Sorry.”Umie merendah diri sedangkan mamat tue yang langgar dia.

”Buta ke hape ko ni?”punya la kuat suara mamat tue. Malu Umie. Dia pegi jerkah kat tengah-tengah alam.

”Saya dah minta maaf kan?”Umie pantang kalau dia bercakap elok-elok tapi orang balas kasar dengan dia.

”Peduli ape dengan maaf ko? Ko boleh keringkan baju aku ni? Harap muka cantik tapi mata letak kat lutut!”lelaki tue masih marah-marah Umie lagi.

”Wait-wait! Jangan sesedap rasa nak mengata aku ea? Ko yang langgar aku tapi aku yang mintak maaf. Aku tak kisah. Tapi aku cakap elok-elok, ko maki aku. Jadi manusia tue biarlah sopan sikit.”Umie dah hilang sabar.

”Layak ke aku cakap sopan dengan orang macam ko?”lelaki tue membesarkan matanya yang tak berapa nak besar sebenarnya.

”Dah sah ko ni tak pernah pergi sekolah. Nanti aku carikan ustaz untuk ajar ko Akhlak ea? By the way, thanks la cakap aku cantik tadi. Yang tue dah lame aku tau. And lastly, entah dosa apa sampai aku jumpa beruk macam ko hari ni. Aku harap sangat aku takkan jumpa ko lagi.”Umie terus berlalu.

”Weh perempuan!”lelaki tue menjerit pada Umie tanpa dia pedulikan pandangan orang sekeliling. Umie hanya menjelir lidahnya. Peduli ape!

”Apehal Mie? Kelakar ar tengok ko gaduh.”Dania dah tergelak.

”Hampeh ko Dania. Bukan nak tolong aku. Geram giler aku. Die yang langgar aku tapi nak marah-marah aku. Aku dah mintak maaf tapi makin tengking aku. Ko tau kan aku camner? Ee, hangin giler.”Umie melepaskan rase marahnya pada Dania.

”Ala, aku tau ko boleh handle. Tapi cute jugak la muka mamat tue.”Dania tersengih.

”Cute tapi takde otak nak buat ape? E, mintak-mintak aku takkan jumpa lagi manusia sebiadap dia.”Umie terus menyedut air dalam gelas bagi menyejukkan hatinya.

‘sakitnya hati aku! Ape malang sangat nasib aku hari ni sampai jadi macam ni. Dahla baju basah, jumpa beruk mana entah yang suka maki orang. Tak ada budi bahasa langsung. Bukan baju dia sorang yang basah, baju aku pun basah beb. Tapi baju dia lagi banyak la yang basah. Padan muka. Dahla banyak mata yang pandang tadi. Malunya. Nasib baik memang aku ni jenis selamba. Kalau tak, maunya aku nangis kat situ. Kalau aku nangis, mesti beruk tue ketawakan aku. Tapi aku memang benci dia. Janganlah aku jumpa lagi dengan dia.’gumam Umie dalam hati.

Di sudut lain, dua orang lelaki tengah ketawa berdekah tengok kawan baik diorang bergaduh dengan sorang perempuan cantik lagi manis tapi ganas.

”Korang gelak apa?”Atif memarahi Azim dan Johan yang dah berdekah dari tadi. Free show tengah-tengah McD.

”Ko ni pehal Tif? Gaduh dengan perempuan kat tengah-tengah McD. Dah la tue, dengan perempuan cun camtu ko boleh maki dia? Rugi la ko.”kata Azim pada Atif Naufal lepas Atif kembali ke meja dengan membawa tiga bungkus McD Burger.

”Perempuan tue mata letak kat lutut.”Atif masih tak mahu kalah.

”Tak nak kalah konon. Kitorang nampak ko yang langgar tangan dia. Bila awek tue mintak maaf, boleh pulak ko tengking dia. Ambik ko bila die balas balik.”Johan dah tergelak.

”Oo, korang ni kalau awek jer, pantang. Semua aku salah. Alah, aku tak heran la. Tapi aku geram dengan perempuan tue.”marah Atif masih belum reda.

”Rilex ar. Tapi comel muka awek tue. Sesuai dengan ko, mata sepet. Jodoh ko Tif.”Azim menyakat Atif.

“Tolong ar. Muka comel tapi perangai macam monyet buat apa?”Atif bengang.

‘Takpe. Ko malukan aku hari ni. Kalau ko taknak jumpa aku lagi lepas ni, tapi aku nak sangat jumpa ko lepas ni. Nak tau nape? Sebab aku nak balas dendam. Aku takkan lepaskan ko. Ni Atif Naufal la. Aku peduli apa ko comel ke tak. Malang betul hari ni sebab boleh terjumpa monyet bangang dalam McD ni. Sumpah, tak pernah aku jumpa perempuan macam dia sebelum ni. Perempuan tue tak perasan muka aku yang cute, yang jadi rebutan junior aku kat kampus tue ke sampaikan dia boleh cakap aku ni takde akhlak? Siap nak carikan aku ustaz lagi. Melampau! Takpe. Semoga aku jumpa lagi dengan die. Monyet betina!’Atif mendengus geram.

No comments:

Post a Comment