Monday, March 1, 2010

hadirnya cinta [1]

“Bangun Umie Zulaikha!!”suara persis harimau betina sudah mengaum.
Umie Zulaikha terkejut dan terus bangkit. Ya ampun, kalau dia ada sakit jantung, ibunya itu dah adakan kenduri tahlil agaknya. Kalau ye pun, kejut lah elok-elok.

”Ibu ni.. buat Mie terkejut je la. Bagilah salam kalau ye pun.”Umie berkata malas.

”Ibu ni dah tak larat nak menjerit dah Umie oi! Anak dara apa kamu ni? Lepas subuh sambung balik tidur sampai matahari dah tegak. Dah, bangun!”Puan Marina dah mula membebel.

”Ibu ni, bila lagi Mie nak bangun lewat. Dah masuk UiTM nanti dah tak boleh bangun lambat tau. Kesian la kat anak kesayangan ibu ni.”Umie masih belum bangkit lagi dari katilnya yang bercadar warna merah jambu.

”Cukup Mie. Ibu taknak dengar alasan. Bangun!”sekali lagi Puan Marina mengaum. Bagi mengelakkan ibunya menerkam, Umie pantas bangkit dan menuju ke bilik air. Takut betul bila dia lihat ibunya marah. Potong line ar ibu ni..

Umie Zulaikha satu-satunya puteri hati Puan Marina hasil perkongsian hidupnya dengan Dr. Zaidi. Puteranya, Luqman Hakim masih berada di Jepun untuk melanjutkan pelajarannya dalam bidang Kejuruteraan Mekatronik. Hanya Umie yang menemani mereka setelah Hakim berangkat ke Jepun dua tahun lalu.

Kini Umie sudah pun berusia 21 tahun. Tapi masih manja dan nakal. Setelah Umie menamatkan pengajian dalam bidang Diploma Pengajian Perniagaan dari UiTM Jengka, kini dia diterima untuk melanjutkan pelajarannya ke peringkat Ijazah pula di UiTM Shah Alam dan hujung minggu ni tarikh pendaftaran kemasukan siswi baru. Terpaksa Puan Marina dan Dr. Zaidi tinggal berdua lagi di rumah. Bila ayah Umie ke hospital, tinggal Puan Marina berseorangan di rumah mereka.

Setelah mandi, Umie turun ke tingkat bawah dan menuju ke meja makan. Bila dia melihat jam besar di dinding ruang tamu, jarum jam menunjukkan ke angka 9.

”La, baru pukul 9 ke? Kecoh la ibu ni. Kacau jer aku tengah mimpi best tadi.”Umie mengomel sendiri. Dia membuka tudung saji di atas meja dan terus mengambil sepotong kuih dari dalam pinggan.

”Eloknya perangai? Makan tak boleh nak duduk?”tiba-tiba Puan Marina muncul dari arah dapur dan serta merta Umie tersedak. Rasa nak terbegik pun ada jugak.

”Ibu ni, bagi Mie terkejut jela. Asyik kena marah jer.”Umie terus duduk di kerusi dan mencebik.

”Mie, ibu bukan marah Mie tapi Mie buatlah perangai elok-elok sikit. Mie kan perempuan. Dah besar dah pun kan.”Puan Marina dah berdiri di sisi Umie dan mengusap lembut rambut Umie yang di potong separas bahu itu.
”Ala ibu ni, Mie tau la. Tapi kat rumah ni bukan ade sape lagi pun. Mie dengan ibu jer kan?”Umie masih mahu melawan kata ibunya.

”Tengok, ibu cakap menjawab. Memanglah cume Mie dengan ibu jer tapi nanti kalau dah terbiasa, depan orang lain pun Mie buat camtu kan? Kalau orang zaman dulu, umur macam Mie ni dah ada anak 3 tau tapi Mie ni, masih nakal lagi. Ibu kawinkan nak?”Puan Marina mula menyakat Umie.

”Eee, ape ibu ni. Geli jer cakap pasal kawin-kawin ni. Mie muda lagi la bu. Degree pun tak lepas. Abang Kim tue yang patut ibu kawinkan dulu.”Umie tak suka bila ibunya bercakap pasal kawen-kawen ni. Muda lagi kot nak cakap pasal kawen.

”Eleh, malu-malu pulak anak ibu ni. Abang Kim takde kat sini, lambat lagi kan Abang Kim balik, jadi Mie la dulu. Rasenye Abang Kim pun tak kisah kalau Mie langkah bendul.”Puan Marina masih giat menyakat Umie.

”Ibu!!”Umie dah menjerit.

”Yela-yela. Kalau Mie tak ubah perangai tue, ibu carikan calon untuk Mie. Dah sudah makan, tolong ibu bagi ikan kat kolam tue makan. Lepas tue tolong ibu alihkan pasu bunga kat tepi kolam tue. Ibu nak pergi minimarket kejap. Ibu nak beli barang sikit.”Puan Marina dah memberikan tugas pada Umie.

”Ala, Mie nak ikut bu.”pinta Umie padahal dia malas nak buat kerja-kerja yang ibu dia bagi tadi.

”Mie, budak tadika ke? Ibu pergi minimarket Ravi je. Jangan nak cari alasan taknak buat kerja yng ibu bagi tadi.”Puan Marina dah cekak pinggang persis mak tiri bawang merah.

”Yela-yela. Kena marah lagi.”Umie berkata perlahan sebelum menghirup sisa air milo yang ada dalam cawan.

”Mie..”Puan Marina dah mencubit pipi Umie dan Umie menyeringai kesakitan.

Selepas Puan Marina keluar ke minimarket, Umie ke luar rumah untuk mengalihkan pasu dan bagi ikan-ikan di kolam makanan. Rumah teres dua tingkat berlot tepi itu telah didiami mereka sekeluarga selepas ayahnya berpindah ke Hospital Klang kira-kira 10 tahun lepas. Sebelum tu, ayahnya berkhidmat sebagai doktor di Hospital Selayang. Ibunya sangat suka menanam pokok bunga serta menhias rumahnya dengan pelbagai jenis tumbuhan serta rekaan landskap. Ibunya pernah bekerja sebagai jurutera landskap tetapi berhenti kerja setelah Abang Hakim berusia 15 tahun. Tak hairanlah rumah yang mereka duduk teramat cantik dengan senireka landskapnya.

Umie termenung. Hujung minggu ni dia dah pun mendaftar kat UiTM. Maksudnya terpaksa berpisah dengan abah dan ibunya. Kadang-kadang dia sedih sebab terpaksa tinggalkan ibunya di rumah bila abah ke hospital. Tapi dia takde pilihan. Semua itu pun untuk kebaikan masa depan dia jugak. Lagipun jarak rumah ke kampus bukan jauh sangat. Weekend boleh dia balik ke ’istana’ milik abah dan ibunya. Tengah dia mengelamun, handset di poket seluarnya berbunyi dan tertera nama Dania, kawan baiknya yang juga bakal melanjutkan pelajaran di UiTM.

”Weh makcik. Jum keluar.”tanpa salam Dania terus laju bercakap.

”Ehem, assalamualaikum.”Umie menyedarkan Dania. HAHA. Hamik ko Dania.

”Ops, assalamualaikum. Boleh cakap dengan Umie Zulaikha?”Dania membetulkan suaranya.

”Wa’alaikumussalam. Elok pun. Haha. Ha, ade ape ko call aku?”Umie terus masuk ke dalam rumah.

”Rindu kat ko.”selamba Dania menjawab. Euww, buang tebiat ke hape.

”Wei mangkuk, aku cakap betul-betul.”Umie dah tergelak.

”Betul la. Tak boleh ke I nak rindu kat you sayang?”Dania masih menggedik.

”E.. geli usus aku. Ngade la ko.”

”Eleh, geli konon. Kalau Izhar yang cakap, tak geli pulak. Aku nak ajak ko keluar petang ni. Nak?”Dania dah menyatakan tujuan die menelefon Umie.

”Woit, ape kes sampai nama Izhar kuar ni? Aku sepak laju-laju kang. Nak pegi mane?”Umie bertanya.

”Mid nak? Aku nak beli kasut la. Nak tak?”Dania nakkan confirmation.

”Ok jugak. Nanti aku beritau ibu aku. Naik kereta ke naik train?”Umie bersetuju.

”Naik kereta la. Aku ambik ko nanti. Lepas Zuhur ok. Bye.”Dania memberi kata putus.

”Ok. Bye.”

No comments:

Post a Comment