Wednesday, December 9, 2009

ketika cinta [1]

Suasana sekitar kolej Dato’ Onn masih sunyi pagi Sabtu tu.Aisya pandang jam atas meja study.dah pukul 10 pagi.dia pandang pulak roommate dia kat katil sebelah.Nuris masih lagi sedap berselimut.apa taknya,malam tadi tidur lambat.tak lain tengok cerita Korea, Sassy Girl Chun-Hyang la tu.sanggup tidur pukul 3 pagi.Aisya senyum sendiri.

Aisya da bangun solat subuh.lepas solat,dia sambung tidur balik.tapi pukul 8,mata dia da tak boleh lelap.mungkin dah terbiasa macam tu.dia baru je dua bulan masuk UKM ni.tapi dia da lebih dari 2 bulan duduk satu bilik dengan Nuris.apa taknya,sejak dari dia ambik diploma kat politeknik lagi dia da kenal Nuris.Nuris kawan pertama dia kat Perlis tu dan sejak tu,dia memang melekat dengan Nuris.sejak dari semester3 jugaklah Nuris jadi roommate Aisya.dan sekarang,ditakdirkan mereka bersama lagi.

Aisya bangun dari katil dan menuju ke arah meja belajar.dia bukak laptop.dia selak buku international marketing yang setebal alam tu.nak start buat assignment.tapi Aisya macam malas giler.dateline 2 weeks more.kalau tak start buat dari sekarang nanti kelam kabut pulak.

Tengah Aisya explore google untuk maklumat assignment dia,telefon Nokia 5310 dia berbunyi.

“Eh,mesej..”Aisya macam pelik je dapat mesej pagi-pagi ni.dia bukak inbox.

Hye..nga wtp?Eya bz ke?lme xdgr citer..

“Erkk..apa mamat ni nak?”dahi Aisya berkerut.

Bz study je.Fez nak pe ye?

Eya tekan button send.Hafez?Aisya pelik.ex-boyfriend dia ni nak apa lagi la.

Xkan nak tanye kabo kat Eya xley kot?Fez rndu kot=)

“mental ar mamat ni.malas aku layan.”Aisya cakap sendiri.

Wuteva.got 2 go.

Aisya naik rimas.afta dia breakup dengan Hafez,hafez yang banyak menggedik cari Aisya semula.3 tahun diorang couple since form4 tapi last-last Hafez yang buat hal.Aisya punya la setia kat dia tapi boleh pulak dia menggatal dengan orang lain bila masing-masing jauh.Aisya kat Perlis,Hafez kat Melaka.kalau sekali,mungkin Aisya masih boleh maafkan dan bagi peluang lagi tapi kalau da banyak kali,selembut-lembut perempuan macam Aisya pun boleh give up.tapi tup-tup,tak sampai sebulan clash,Hafez da menyibuk cari Aisya semula.entah hape-hape.

“Fez, apa salah Eya?kenapa Fez buat Eya camni?kan Fez tahu,Eya saying sangat kat fez dulu tapi Fez tak hargai.mudah sangat cinta Fez goyah kan?bila kita jauh,Fez cari orang lain.banyak kali Eya bagi peluang kat Fez tapi Fez tak pernah hargai langsung.skang,Fez sibuk cari Eya balik.Eya mintak maaf.da takde lagi peluang untuk Fez..”Aisya tutup buku pink tu.da berakhir kisah cinta dia.pengalaman dan kenangan kot.

“weh makcik,hang duk menung apa?”tetiba Nuris sergah Aisya.

“isy hang ni la..bagi salam dulu takle ka?duk buat terkejut aku..”Aisya berpusing pandang Nuris yang masih atas katil

“ele,biasa ok ja.awat,hang ingat kat sapa?”Nuris tanya.pergh..da duk KL pon masih pekat giler loghat Kedah minah ni.

“ingat kat sapa apa plak.ingat kat nasi la..lapaq nasi da..tunggu hang punya pasai..tidoq macam da takmau bangun da..”Aisya da muncung mulut.Nuris sengih.

“hang tunggu aku ka weh?”

“ha la..takkan aku tunggu dak bilik sebelah pulak..cepatla pi mandi Nuris oii..busuk sangat da ni..”Aisya tutup hidung.

“hampeh hang..ha la..nak pi mandi da ni..tunggu sat na..”Nuris da bangun,capai bekas mandi dan tuala.

“HAHA.cepat sikit.lapaq-lapaq..”

“sabaq la..jangan duk buat kalut aku..”

No comments:

Post a Comment